Wednesday, 17 February 2016

Perancangan 5 tahun akan datang ~

PERANCANGAN 5 TAHUN AKAN DATANG


VISI 
Menjadi manisan teristimewa di hati pelanggan.


MISI
Sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping meningkatkan kualiti produk.


PERANCANGAN
  1. Membina mini cafe di hadapan rumah kediaman.
  2. Menganjurkan kursus latihan dalam bidang pastri kepada orang luar yang berminat untuk menjana pendapatan sampingan.
  3. Memberi kemudahan kepada pelanggan dengan menyediakan membership card supaya dapat mewujudkan program kesetiaan pelanggan terhadap produk Bintulu Homemade Food.




Disediakan oleh : Hakim (S20067), Nazren (S21820), Boneventure (S21208), Badrul (S20569), Rianda (S20295), Amalina (S20332)

Pengurusan Sumber Manusia

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


  • Perancangan dan pengrekrutan 
          - Sebelum mengambil pekerja baru, pekerja tersebut haruslah ditemuduga terlebih dahulu.

  • Latihan dan pembangunan
          - Pekerja baru akan diberikan latihan kemahiran untuk meningkatkan produktiviti.

  • Pendapatan pekerja
          - Gaji pekerja adalah tetap, pekerja juga disediakan elaun serta bonus pada setiap tahun.

  • Prestasi
          - Menyediakan satu piawai yang setiap pekerja harus capai pada masa yang ditetapkan.

  • Kemudahan
          - Menyediakan insuran dengan pengurusan cuti pekerja.

  • Keselamatan dan kesihatan
         - Memastikan keselamatan pekerja adalah keutamaan serta menyediakan elaun sakit.


Ditulis oleh : Hakim (S20067) & Boneventure (S21208)

Saturday, 13 February 2016

Skop Operasi

OPERASI - BINTULU HOMEMADE FOOD



  • Waktu beroperasi adalah bermula pada hari Selasa - Ahad ( 8.00 pagi - 7.00 malam ) dan Isnin merupakan hari cuti.
  • Tenaga kerja sebanyak 3 orang pekerja sahaja.
  • Masa yang diperlukan untuk menghasilkan sebiji kek adalah 2 jam 30 minit.
  • Jumlah kek yang dihasilkan dalam sehari adalah 2 - 3 biji kek.
  • Menghadkan tempahan 3 biji kek sahaja dalam masa sehari.
  • Dalam masa sebulan boleh menghasilkan 78 biji kek ( 26 hari bekerja × 3 biji kek sehari ).


CARA - CARA BINTULU HOMEMADE FOOD BEROPERASI :

  1.  Menerima tempahan daripada pelanggan.
  2.  Menghasilkan kek yang menepati citarasa dan kehendak pelanggan.
  3.  Memaklumkan kepada pelanggan apabila kek yang ditempah telah siap dihasilkan.
  4.  Menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan di sekitar Bintulu atau pelanggan  boleh datang ke kedai untuk mengambil kek yang ditempah.

Ditulis oleh : Nazren (S21820) 

Analisis Kewangan Bintulu Homemade Food

ANALISIS KEWANGAN

1. ANGGARAN KOS SEBIJI KEK

BAHAN
KUANTITI
HARGA
Gula ising
450 g
RM 1.50
Telur
6 biji
RM 2.70
Mentega
500 g
RM 10.00
Esen vanilla
1 botol
RM 1.80
Krimmwell
500 g
RM 4.50
Serbuk koko
1 cawan
RM 7.00
Gula pasir
1 cawan
RM 1.40
Susu cair
1 cawan
RM 1.80
Minyak masak
1 cawan
RM 1.00
Susu pekat
½ cawan
RM 1.00
Tepung gandum
1 ½ cawan
RM 1.20
Bikarbonat
1 sudu teh
RM 0.80
Kotak kek
1 unit
RM 2.00
Papan kek
1 unit
RM 3.00
Pewarna
4 jenis
RM 4.00
JUMLAH
RM 43.70




2. ANGGARAN KASAR PENGELUARAN KEK DALAM SETAHUN

BULAN
KUANTITI
HARGA (1 biji kek)
JUMLAH
Januari
54
RM 80
RM 4,320
Februari
65
RM 80
RM 5,200
Mac
60
RM 80
RM 4,800
April
45
RM 80
RM 3,600
Mei
50
RM 80
RM 4,000
Jun
48
RM 80
RM 3,840
Julai
51
RM 80
RM 4,080
Ogos
57
RM 80
RM 4,560
September
40
RM 80
RM 3,200
Oktober
63
RM 80
RM 5,040
November
58
RM 80
RM 4,640
Disember
54
RM 80
RM 4,320
JUMLAH
RM 51,600


Kebiasaannya harga sebiji kek bukan sahaja berharga RM80, tetapi ianya bergantung kepada keinginan pembeli untuk menentukan jenis kek mengikut citarasa mereka yang tersendiri.

"You don't do financials in a business plan the same way you calculate the details in your accounting reports," - Tim Berry, President and Founder of Palo Alto Software.


Ditulis oleh : Amalina (S20332) & Rianda (S20295)

Tuesday, 9 February 2016

Skop Pemasaran - Bintulu Homemade Food

SKOP PEMASARAN - BINTULU HOMEMADE FOOD

Bintulu Homemade Food adalah sesuatu perniagaan kecil yang sentiasa ingin maju dan berdaya saing dipasaran makanan dengan lebih meluas selain Bintulu. Dengan itu, Cik Zarina sering memikirkan strategi pemasaran makanan dengan lebih spesifik supaya dapat mengembangkan perniagaannya justeru mampu memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan.

Cik Zarina sering memperkenalkan produk makanan yang baru bagi menarik perhatian pelanggan dengan meletakkan harga yang sesuai. Selain itu, beliau amat teliti dalam menjaga kualiti makanan serta mengutamakan citarasa pelanggan dengan mempelbagaikan produk dari masa ke semasa. Untuk mempromosikan produk beliau, salah satu caranya adalah dengan mempromosikan produk beliau di dalam laman sosial iaitu Facebook.


Aktiviti Perniagaan
  • Mempromosi serta menjual produk makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di rumah kediaman sendiri.
  • Menyediakan tempahan secara online di laman sosial seperti Facebook atau di talian Whatsapp.


Produk dan Perkhidmatan yang Ditawarkan

Bintulu Homemade Food menawarkan produk makanan pembuatan sendiri oleh Cik Zarina. Antaranya ialah :



Dessert
Cupcakes



Cookies

Wedding cakes



Manakala perkhidmatan adalah seperti :
  • Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan.
  • Menyediakan perkhidmatan pesanan dari talian Whatsapp atau Facebook.
  • Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
  • Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan contohnya perjumpaan minum petang, forum kecil, jamuan syarikat.


Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi :
  1. Penduduk - penduduk di sekitar Kampung Baru iaitu kawasan perniagaan tersebut.
  2. Kumpulan pelajar dari institusi pengajian tinggi terumatanya Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.
  3. Kumpulan pekerja dari sektor awam dan swasta.
  4. Pelanggan restoran (contohnya : pihak KFC juga pernah menempah kek hari jadi)
  5. Pelanggan dari hotel.
  6. Internet (Laman Web).

Lokasi

Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu rumah kediaman sendiri dihadapan jalan besar yang merupakan sebuah pekan. Kawasan tersebut adalah strategik kerana berdekatan dengan sekolah, bank, kedai makan dan sebagainya. Bintulu Homemade Food menjadi tumpuan penduduk Kampung Baru kerana ia menjadi lokasi yang strategik yang banyak menawarkan pelbagai jenis produk konfeksioneri.


Harga

Harga yang ditetapkan pada produk beliau adalah sesuai dan berpatutan. Ia mengikut harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran contohnya menetapkan harga produk seperti yang ditetapkan oleh pesaing - pesaing lain. Produk seperti kek biasanya berharga RM80 tetapi harga akan berlainan jika pelanggan tempah mengikut citarasa mereka tersendiri. Contohnya, pada hari seperti Hari Ibu dan Hari Guru, harga promosi yang ditawarkan adalah RM60. Jika kek mempunyai 2 tingkat, anggaran harganya adalah lebih kurang RM300. 


Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah bermutu tinggi serta dijamin halal setara dengan harganya. Perniagaan tersebut sentiasa mengikut perubahan ekonomi supaya dapat menstabilkan keadaan pasaran serta mampu mengekalkan perkhidmatan yang terbaik agar diterima oleh pelanggan. Produk seperti kek hari jadi menjadi produk terlaris Bintulu Homemade Food sehinggakan pelanggan menempah beberapa kali yang menjadikan mereka sebagai pelanggan tetap. Setiap produk mempunyai pelbagai kelainan yang unik seperti kek yang mempunyai hiasan karakter kartun, ada juga kek yang berhiaskan bunga serta gambar pelanggan.

Untuk mengetahui lebih banyak jenis kek yang ditawarkan, sila follow Instagram Bintulu Homemade FoodBintuluhomemadefood



Ditulis oleh : Dayang Nurkhairiah binti Abang Othman (S21018)

Monday, 11 January 2016

RUMUSAN TEMUBUAL
Temubual bersama usahawan kami iaitu Cik Zarina Binti Bakeri dilakukan pada:
  • Tarikh: 24/12/2015
  • Masa: 2.30 pm
  • Tempat: Restoran Selera Kampung


PELANGGAN
  • ·         Pasangan pengantin(majlis pertunangan, majlis perkahwinan).
  • ·         Syarikat-syarikat yang ingin meraikan majlis (sebagai cenderahati).
  • ·         Penempahan bagi meraikan hari lahir.
  • ·         Penampahan pelanggan untuk dijadikan hadiah.


NILAI SARANAN


SALURAN PENGAGIHAN
Melalui media social
  • ·         Facebook : Bintulu Homemade Food 
  • ·         Instagram : Bintulu Homemade Food


PENDAPATAN
  • ·         Semasa full time : RM2000
  • ·         Semasa part time : RM1500


SUMBER UTAMA
  • ·         Tidak pernah melakukan pinjaman daripada bank, dimana perniagaan dimulakan secara sederhana iaitu menggunakan sebanyak RM5000 sebagai modal awal.
  • ·         Bahan mentah diperolehi secara online iaitu daripada kenalan-kenalan kerana mendapat harga yang berpatutan dan menjamin kualiti produk.


AKTIVITI UTAMA
  • ·         Sentiasa membuat promosi melalui media social seperti facebook & instagram
  • ·         Sentiasa menyemak tempahan dan transaksi pembayaran secara online
  • ·         Sentiasa mengikuti perkembagan citarasa pelanggan dan mempelajari resipi baru melalui rakan kenalan dan melalui youtube.


KOS
  • ·         Kos bahan adalah bergantung kepada turun naik harga barang.
  • ·         Bagi menjimatkan kos, mencuba untuk memperoleh pembekal yang terdiri daripada rakan-rakan yang membekalkan bahan yang digunakan syarikat untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Amalina Mohamed S20332

Sunday, 10 January 2016

Hasil temubual bersama usahawan (serba sedikit)..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

>> Seperti entry-entry sebelum ini, telah dinyatakan:


  • Pengenalan.
  • Komponen-komponen BP (latar belakang industri dan syarikat, sumbermanusiaoperasi dan pemasaran).
  • Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats).

>> Entry kali ini akan berkongsi mengenai serba sedikit thasil temubual kami bersama Cik Zarina iaitu usahawan Bintulu Homemade Food.


  • Cik Zarina memilih produk yang berasaskan manisan adalah kerana minatnya dalam perniagaan.
  • Di samping pengaruh daripada keluarga dan teman yang berupa dorongan kepada tercetusnya idea tersebut.
  • Kaedah jualan yang dilakukan adalah melalui kaedah dalam dan atas talian (online) sahaja.
  • Perkhidmatan yang diberikan adalah penghantaran produk (bergantung pada masa, tempat dan kesibukkan).
  • Tiada pekerja dalam melaksanakan operasi hanya dibantu oleh ahli keluarga (sekiranya perlu). Oleh itu, beliau mengawal pengambilan tempahan daripada pelanggan.
  • Memperoleh / membeli bahan untuk penghasilan produk melalui online (ada pembekal tetap).
  • Tidak ada melibatkan penggunaan orang tengah. (Beliau lah tuan dan beliau lah kuli).
  • Mempromosikan perniagaan melalui laman facebook, instagram, flyers, sticker dan kad perniagaan.
  • Kelebihan berurus niaga dengan beliau iaitu boleh dibawa berbincang dengan mengutamakan kehendak pelanggan (dapat menjana idea baru).
  • Kekangan dari segi masa dan pelanggan yang suka membandingkan dengan peniaga lain.
  • Jaga kebajikan pengguna dari segi kualiti produk dan memberikan harga istimewa kepada pelanggan tetap.
  • Jualan yang paling laris adalah pada musim perayaan dan musim buah.
  • Keistimewaan beliau iaitu hasil tangan beliau sendiri.

>> Pesanan daripada beliau mengenai perniagaannya:

  • Berniaga kena rajin.
  • Try an error.
  • Berani ambil risiko.
  • Kalau kek tidak menjadi, inovasikan dia (elak kerugian).
  • Bijak mengambil peluang.
  • Cari idea (belajar resepi dari internet).
  • Berfikiran positif.

Yeahh!! That's right.


>> Entry seterusnya akan disambung mengenai rumusan hasil temubual. 


“Ideas are easy. Implementation is hard.” —Guy Kawasaki



Ditulis oleh: Rianda (S20295)

Friday, 8 January 2016

Analisis SWOT – Strength, Weakness, Opportunity, Threat (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

Kekuatan

Berpengalaman dalam bidang perniagaan.

-          Mempunyai pengalaman menjalankan bisnes kek dan coklat selama 5 tahun.


Mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan.

-          Berbakat dalam pengurusan bisnes kerana mempunyai degree dalam bidang pengurusan pentadbiran.


Kepelbagaian produk.

-          Menjual pelbagai jenis produk kepada pelanggan seperti kek, coklat, apam dan sebagainya dan beliau tidak menumpukan penjualan hanya kepada satu produk sahaja.


Mempromosikan produk 

-          Beliau mempelbagaikan cara untuk mempromosi produknya dengan pelbagai cara seperti melalui laman sosial, ‘online’, lisan dan sebagainya.


Mempunyai modal yang kukuh.

-          Beliau mempunyai modal yang agak kukuh kerana mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada bisnes ini. Hal ini kerana beliau bekerja di MLNG.



Kelemahan

Kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnes.

-          Beliau kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnesnya kerana beliau tidak mempunyai rakan kongsi yang boleh berkongsi idea dan pendapat. Selain itu, bisnes ini juga hanya dilakukan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa.


Tidak mempunyai alatan yang canggih.

-          Beliau hanya menggunakan alatan yang asas sahaja untuk menghasilkan produk beliau. Beliau tidak mempunyai alatan canggih seperti mesin pemproses makanan untuk menghasilkan produk beliau dalam tempoh yang lebih singkat.


Bisnes hanya kerja sambilan.

-          Beliau hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan dan apabila produknya ditempah oleh pelanggan sahaja. Bukannya secara sepenuh masa.


Tidak mempunyai pekerja.

-          Beliau tidak mempunyai pekerja dan hanya menjalankan bisnes ini seorang diri. Oleh itu, beliau memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkan tempahan yang ditempah oleh pelanggan.


Hanya dikenali di sekitar Bintulu.

-          Beliau hanya menjual produk di sekitar Bintulu sahaja dan tidak memperluaskan lagi bisnesnya ke tempat lain. Oleh itu, beliau hanya dikenali di sekitar Bintulu sahaja.





Peluang

Maklumbalas pelanggan yang memberangsangkan.

-          Beliau mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan. Oleh itu, beliau mempunyai peluang untuk memajukan bisnesnya atau mempelbagaikan produk tersebut.


Kekurangan pesaing Muslim di sekitar Bintulu.

-          Kebanyakan usahawan dalam bisnes ini adalah bukan Muslim di sekitar Bintulu. Oleh itu, beliau boleh menjalankan bisnes ini dengan mensasarkan pelanggan yang beragama Islam untuk membeli produknya. Dengan ini, pelanggan tidak ragu-ragu dengan status halal dan beliau berpotensi untuk berkembang lebih maju.


Cara hidup dan budaya zaman sekarang.

-          Kebanyakan manusia zaman sekarang suka makan makanan seperti kek dan coklat. Majlis kahwin juga biasanya tidak lengkap tanpa kek. Oleh kerana peredaran zaman dan cara hidup manusia zaman sekarang yang semakin moden, bisnes seperti ini boleh mendatangkan untung yang besar dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju.




Ancaman

Kuasa dan kekuatan pesaing.

-          Beliau terpaksa bersaing dengan pesaing lain yang menjual produk yang sama sepertinya. Pesaing beliau yang sudah lama menjalankan bisnes ini pasti mempunyai pelbagai idea dan strategi untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Bintulu Homemade Food’ untuk memasuki pasaran yang ada.


Pesaing baru.

-          Pesaing baru yang menceburi bidang perniagaan dan menjual produk yang sama akan jadi ancaman kepada bisnes beliau. Oleh itu, pelbagai idea dan strategi baru mestilah dihasilkan untuk memastikan pelanggan tidak lari dan bisnes ini tidak terjejas.


Kenaikan harga barang mentah.

-          Oleh kerana kos sara hidup di Bintulu yang sangat tinggi, maka harga barang-barang keperluan harian juga tinggi. Oleh itu, ia menjadi masalah kepada beliau untuk memajukan bisnes ini. Ini kerana modal yang diperlukan semakin meningkat dan keuntungan pula semakin menurun. Beliau juga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga produknya kerana ia akan menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap bisnesnya.


Perubahan cita rasa pengguna.

-          Cita rasa dan selera pengguna boleh berubah setiap masa. Ini menjadi cabaran kepada beliau untuk menjaga hati pelanggan. Oleh itu, beliau haruslah bersikap fleksibel dan pandai mengambil hati pelanggan untuk memastikan bisnesnya sentiasa berjalan. Beliau haruslah menghasilkan produk yang sesuai dengan cita rasa pengguna dan memberikan servis yang terbaik kepada mereka.

 Ditulis Oleh: S20067, S20569, S21208, S21820

Dikemaskini Oleh: S20067, S20569 (2 Feb 2016)