Assalamualaikum dan salam sejahtera.
>> Seperti entry-entry sebelum ini, telah dinyatakan:
- Pengenalan.
- Komponen-komponen BP (latar belakang industri dan syarikat, sumbermanusiaoperasi dan pemasaran).
- Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats).
>> Entry kali ini akan berkongsi mengenai serba sedikit thasil temubual kami bersama Cik Zarina iaitu usahawan Bintulu Homemade Food.
- Cik Zarina memilih produk yang berasaskan manisan adalah kerana minatnya dalam perniagaan.
- Di samping pengaruh daripada keluarga dan teman yang berupa dorongan kepada tercetusnya idea tersebut.
- Kaedah jualan yang dilakukan adalah melalui kaedah dalam dan atas talian (online) sahaja.
- Perkhidmatan yang diberikan adalah penghantaran produk (bergantung pada masa, tempat dan kesibukkan).
- Tiada pekerja dalam melaksanakan operasi hanya dibantu oleh ahli keluarga (sekiranya perlu). Oleh itu, beliau mengawal pengambilan tempahan daripada pelanggan.
- Memperoleh / membeli bahan untuk penghasilan produk melalui online (ada pembekal tetap).
- Tidak ada melibatkan penggunaan orang tengah. (Beliau lah tuan dan beliau lah kuli).
- Mempromosikan perniagaan melalui laman facebook, instagram, flyers, sticker dan kad perniagaan.
- Kelebihan berurus niaga dengan beliau iaitu boleh dibawa berbincang dengan mengutamakan kehendak pelanggan (dapat menjana idea baru).
- Kekangan dari segi masa dan pelanggan yang suka membandingkan dengan peniaga lain.
- Jaga kebajikan pengguna dari segi kualiti produk dan memberikan harga istimewa kepada pelanggan tetap.
- Jualan yang paling laris adalah pada musim perayaan dan musim buah.
- Keistimewaan beliau iaitu hasil tangan beliau sendiri.
>> Pesanan daripada beliau mengenai perniagaannya:
- Berniaga kena rajin.
- Try an error.
- Berani ambil risiko.
- Kalau kek tidak menjadi, inovasikan dia (elak kerugian).
- Bijak mengambil peluang.
- Cari idea (belajar resepi dari internet).
- Berfikiran positif.
![]() |
Yeahh!! That's right. |
>> Entry seterusnya akan disambung mengenai rumusan hasil temubual.
“Ideas are easy. Implementation is hard.” —Guy Kawasaki
Ditulis oleh: Rianda (S20295)
No comments:
Post a Comment