Friday, 8 January 2016

Analisis SWOT – Strength, Weakness, Opportunity, Threat (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

Kekuatan

Berpengalaman dalam bidang perniagaan.

-          Mempunyai pengalaman menjalankan bisnes kek dan coklat selama 5 tahun.


Mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan.

-          Berbakat dalam pengurusan bisnes kerana mempunyai degree dalam bidang pengurusan pentadbiran.


Kepelbagaian produk.

-          Menjual pelbagai jenis produk kepada pelanggan seperti kek, coklat, apam dan sebagainya dan beliau tidak menumpukan penjualan hanya kepada satu produk sahaja.


Mempromosikan produk 

-          Beliau mempelbagaikan cara untuk mempromosi produknya dengan pelbagai cara seperti melalui laman sosial, ‘online’, lisan dan sebagainya.


Mempunyai modal yang kukuh.

-          Beliau mempunyai modal yang agak kukuh kerana mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada bisnes ini. Hal ini kerana beliau bekerja di MLNG.



Kelemahan

Kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnes.

-          Beliau kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnesnya kerana beliau tidak mempunyai rakan kongsi yang boleh berkongsi idea dan pendapat. Selain itu, bisnes ini juga hanya dilakukan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa.


Tidak mempunyai alatan yang canggih.

-          Beliau hanya menggunakan alatan yang asas sahaja untuk menghasilkan produk beliau. Beliau tidak mempunyai alatan canggih seperti mesin pemproses makanan untuk menghasilkan produk beliau dalam tempoh yang lebih singkat.


Bisnes hanya kerja sambilan.

-          Beliau hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan dan apabila produknya ditempah oleh pelanggan sahaja. Bukannya secara sepenuh masa.


Tidak mempunyai pekerja.

-          Beliau tidak mempunyai pekerja dan hanya menjalankan bisnes ini seorang diri. Oleh itu, beliau memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkan tempahan yang ditempah oleh pelanggan.


Hanya dikenali di sekitar Bintulu.

-          Beliau hanya menjual produk di sekitar Bintulu sahaja dan tidak memperluaskan lagi bisnesnya ke tempat lain. Oleh itu, beliau hanya dikenali di sekitar Bintulu sahaja.





Peluang

Maklumbalas pelanggan yang memberangsangkan.

-          Beliau mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan. Oleh itu, beliau mempunyai peluang untuk memajukan bisnesnya atau mempelbagaikan produk tersebut.


Kekurangan pesaing Muslim di sekitar Bintulu.

-          Kebanyakan usahawan dalam bisnes ini adalah bukan Muslim di sekitar Bintulu. Oleh itu, beliau boleh menjalankan bisnes ini dengan mensasarkan pelanggan yang beragama Islam untuk membeli produknya. Dengan ini, pelanggan tidak ragu-ragu dengan status halal dan beliau berpotensi untuk berkembang lebih maju.


Cara hidup dan budaya zaman sekarang.

-          Kebanyakan manusia zaman sekarang suka makan makanan seperti kek dan coklat. Majlis kahwin juga biasanya tidak lengkap tanpa kek. Oleh kerana peredaran zaman dan cara hidup manusia zaman sekarang yang semakin moden, bisnes seperti ini boleh mendatangkan untung yang besar dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju.




Ancaman

Kuasa dan kekuatan pesaing.

-          Beliau terpaksa bersaing dengan pesaing lain yang menjual produk yang sama sepertinya. Pesaing beliau yang sudah lama menjalankan bisnes ini pasti mempunyai pelbagai idea dan strategi untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Bintulu Homemade Food’ untuk memasuki pasaran yang ada.


Pesaing baru.

-          Pesaing baru yang menceburi bidang perniagaan dan menjual produk yang sama akan jadi ancaman kepada bisnes beliau. Oleh itu, pelbagai idea dan strategi baru mestilah dihasilkan untuk memastikan pelanggan tidak lari dan bisnes ini tidak terjejas.


Kenaikan harga barang mentah.

-          Oleh kerana kos sara hidup di Bintulu yang sangat tinggi, maka harga barang-barang keperluan harian juga tinggi. Oleh itu, ia menjadi masalah kepada beliau untuk memajukan bisnes ini. Ini kerana modal yang diperlukan semakin meningkat dan keuntungan pula semakin menurun. Beliau juga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga produknya kerana ia akan menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap bisnesnya.


Perubahan cita rasa pengguna.

-          Cita rasa dan selera pengguna boleh berubah setiap masa. Ini menjadi cabaran kepada beliau untuk menjaga hati pelanggan. Oleh itu, beliau haruslah bersikap fleksibel dan pandai mengambil hati pelanggan untuk memastikan bisnesnya sentiasa berjalan. Beliau haruslah menghasilkan produk yang sesuai dengan cita rasa pengguna dan memberikan servis yang terbaik kepada mereka.

 Ditulis Oleh: S20067, S20569, S21208, S21820

Dikemaskini Oleh: S20067, S20569 (2 Feb 2016)





3 comments:

  1. Casino - MapyRO
    Play Free Online Slots Games at Casinoyro. The mobile version of casino has a full 부산광역 출장샵 menu 안양 출장샵 of games, 사천 출장마사지 like 세종특별자치 출장마사지 video poker, video 군포 출장샵 slots, and blackjack

    ReplyDelete