Tuesday, 9 February 2016

Skop Pemasaran - Bintulu Homemade Food

SKOP PEMASARAN - BINTULU HOMEMADE FOOD

Bintulu Homemade Food adalah sesuatu perniagaan kecil yang sentiasa ingin maju dan berdaya saing dipasaran makanan dengan lebih meluas selain Bintulu. Dengan itu, Cik Zarina sering memikirkan strategi pemasaran makanan dengan lebih spesifik supaya dapat mengembangkan perniagaannya justeru mampu memberikan kepuasan yang maksimum kepada pelanggan.

Cik Zarina sering memperkenalkan produk makanan yang baru bagi menarik perhatian pelanggan dengan meletakkan harga yang sesuai. Selain itu, beliau amat teliti dalam menjaga kualiti makanan serta mengutamakan citarasa pelanggan dengan mempelbagaikan produk dari masa ke semasa. Untuk mempromosikan produk beliau, salah satu caranya adalah dengan mempromosikan produk beliau di dalam laman sosial iaitu Facebook.


Aktiviti Perniagaan
  • Mempromosi serta menjual produk makanan konfeksioneri sebagai jualan utama di rumah kediaman sendiri.
  • Menyediakan tempahan secara online di laman sosial seperti Facebook atau di talian Whatsapp.


Produk dan Perkhidmatan yang Ditawarkan

Bintulu Homemade Food menawarkan produk makanan pembuatan sendiri oleh Cik Zarina. Antaranya ialah :



Dessert
Cupcakes



Cookies

Wedding cakes



Manakala perkhidmatan adalah seperti :
  • Menerima tempahan untuk majlis keraian seperti majlis perkahwinan.
  • Menyediakan perkhidmatan pesanan dari talian Whatsapp atau Facebook.
  • Menerima tempahan hamper dari syarikat dan individu.
  • Menerima tempahan dan pesanan daripada pejabat atau syarikat untuk jenis produk pastri ringan contohnya perjumpaan minum petang, forum kecil, jamuan syarikat.


Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti sebagai sebahagian daripada pelanggan meliputi :
  1. Penduduk - penduduk di sekitar Kampung Baru iaitu kawasan perniagaan tersebut.
  2. Kumpulan pelajar dari institusi pengajian tinggi terumatanya Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.
  3. Kumpulan pekerja dari sektor awam dan swasta.
  4. Pelanggan restoran (contohnya : pihak KFC juga pernah menempah kek hari jadi)
  5. Pelanggan dari hotel.
  6. Internet (Laman Web).

Lokasi

Lokasi premis terletak di kawasan yang mudah dilihat iaitu rumah kediaman sendiri dihadapan jalan besar yang merupakan sebuah pekan. Kawasan tersebut adalah strategik kerana berdekatan dengan sekolah, bank, kedai makan dan sebagainya. Bintulu Homemade Food menjadi tumpuan penduduk Kampung Baru kerana ia menjadi lokasi yang strategik yang banyak menawarkan pelbagai jenis produk konfeksioneri.


Harga

Harga yang ditetapkan pada produk beliau adalah sesuai dan berpatutan. Ia mengikut harga pasaran iaitu mengikut kadar pasaran contohnya menetapkan harga produk seperti yang ditetapkan oleh pesaing - pesaing lain. Produk seperti kek biasanya berharga RM80 tetapi harga akan berlainan jika pelanggan tempah mengikut citarasa mereka tersendiri. Contohnya, pada hari seperti Hari Ibu dan Hari Guru, harga promosi yang ditawarkan adalah RM60. Jika kek mempunyai 2 tingkat, anggaran harganya adalah lebih kurang RM300. 


Produk

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan adalah bermutu tinggi serta dijamin halal setara dengan harganya. Perniagaan tersebut sentiasa mengikut perubahan ekonomi supaya dapat menstabilkan keadaan pasaran serta mampu mengekalkan perkhidmatan yang terbaik agar diterima oleh pelanggan. Produk seperti kek hari jadi menjadi produk terlaris Bintulu Homemade Food sehinggakan pelanggan menempah beberapa kali yang menjadikan mereka sebagai pelanggan tetap. Setiap produk mempunyai pelbagai kelainan yang unik seperti kek yang mempunyai hiasan karakter kartun, ada juga kek yang berhiaskan bunga serta gambar pelanggan.

Untuk mengetahui lebih banyak jenis kek yang ditawarkan, sila follow Instagram Bintulu Homemade FoodBintuluhomemadefood



Ditulis oleh : Dayang Nurkhairiah binti Abang Othman (S21018)

No comments:

Post a Comment