Monday, 11 January 2016

RUMUSAN TEMUBUAL
Temubual bersama usahawan kami iaitu Cik Zarina Binti Bakeri dilakukan pada:
  • Tarikh: 24/12/2015
  • Masa: 2.30 pm
  • Tempat: Restoran Selera Kampung


PELANGGAN
  • ·         Pasangan pengantin(majlis pertunangan, majlis perkahwinan).
  • ·         Syarikat-syarikat yang ingin meraikan majlis (sebagai cenderahati).
  • ·         Penempahan bagi meraikan hari lahir.
  • ·         Penampahan pelanggan untuk dijadikan hadiah.


NILAI SARANAN


SALURAN PENGAGIHAN
Melalui media social
  • ·         Facebook : Bintulu Homemade Food 
  • ·         Instagram : Bintulu Homemade Food


PENDAPATAN
  • ·         Semasa full time : RM2000
  • ·         Semasa part time : RM1500


SUMBER UTAMA
  • ·         Tidak pernah melakukan pinjaman daripada bank, dimana perniagaan dimulakan secara sederhana iaitu menggunakan sebanyak RM5000 sebagai modal awal.
  • ·         Bahan mentah diperolehi secara online iaitu daripada kenalan-kenalan kerana mendapat harga yang berpatutan dan menjamin kualiti produk.


AKTIVITI UTAMA
  • ·         Sentiasa membuat promosi melalui media social seperti facebook & instagram
  • ·         Sentiasa menyemak tempahan dan transaksi pembayaran secara online
  • ·         Sentiasa mengikuti perkembagan citarasa pelanggan dan mempelajari resipi baru melalui rakan kenalan dan melalui youtube.


KOS
  • ·         Kos bahan adalah bergantung kepada turun naik harga barang.
  • ·         Bagi menjimatkan kos, mencuba untuk memperoleh pembekal yang terdiri daripada rakan-rakan yang membekalkan bahan yang digunakan syarikat untuk mendapatkan harga yang lebih rendah.
Amalina Mohamed S20332

Sunday, 10 January 2016

Hasil temubual bersama usahawan (serba sedikit)..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

>> Seperti entry-entry sebelum ini, telah dinyatakan:


  • Pengenalan.
  • Komponen-komponen BP (latar belakang industri dan syarikat, sumbermanusiaoperasi dan pemasaran).
  • Analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunities, and Threats).

>> Entry kali ini akan berkongsi mengenai serba sedikit thasil temubual kami bersama Cik Zarina iaitu usahawan Bintulu Homemade Food.


  • Cik Zarina memilih produk yang berasaskan manisan adalah kerana minatnya dalam perniagaan.
  • Di samping pengaruh daripada keluarga dan teman yang berupa dorongan kepada tercetusnya idea tersebut.
  • Kaedah jualan yang dilakukan adalah melalui kaedah dalam dan atas talian (online) sahaja.
  • Perkhidmatan yang diberikan adalah penghantaran produk (bergantung pada masa, tempat dan kesibukkan).
  • Tiada pekerja dalam melaksanakan operasi hanya dibantu oleh ahli keluarga (sekiranya perlu). Oleh itu, beliau mengawal pengambilan tempahan daripada pelanggan.
  • Memperoleh / membeli bahan untuk penghasilan produk melalui online (ada pembekal tetap).
  • Tidak ada melibatkan penggunaan orang tengah. (Beliau lah tuan dan beliau lah kuli).
  • Mempromosikan perniagaan melalui laman facebook, instagram, flyers, sticker dan kad perniagaan.
  • Kelebihan berurus niaga dengan beliau iaitu boleh dibawa berbincang dengan mengutamakan kehendak pelanggan (dapat menjana idea baru).
  • Kekangan dari segi masa dan pelanggan yang suka membandingkan dengan peniaga lain.
  • Jaga kebajikan pengguna dari segi kualiti produk dan memberikan harga istimewa kepada pelanggan tetap.
  • Jualan yang paling laris adalah pada musim perayaan dan musim buah.
  • Keistimewaan beliau iaitu hasil tangan beliau sendiri.

>> Pesanan daripada beliau mengenai perniagaannya:

  • Berniaga kena rajin.
  • Try an error.
  • Berani ambil risiko.
  • Kalau kek tidak menjadi, inovasikan dia (elak kerugian).
  • Bijak mengambil peluang.
  • Cari idea (belajar resepi dari internet).
  • Berfikiran positif.

Yeahh!! That's right.


>> Entry seterusnya akan disambung mengenai rumusan hasil temubual. 


“Ideas are easy. Implementation is hard.” —Guy Kawasaki



Ditulis oleh: Rianda (S20295)

Friday, 8 January 2016

Analisis SWOT – Strength, Weakness, Opportunity, Threat (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

Kekuatan

Berpengalaman dalam bidang perniagaan.

-          Mempunyai pengalaman menjalankan bisnes kek dan coklat selama 5 tahun.


Mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan.

-          Berbakat dalam pengurusan bisnes kerana mempunyai degree dalam bidang pengurusan pentadbiran.


Kepelbagaian produk.

-          Menjual pelbagai jenis produk kepada pelanggan seperti kek, coklat, apam dan sebagainya dan beliau tidak menumpukan penjualan hanya kepada satu produk sahaja.


Mempromosikan produk 

-          Beliau mempelbagaikan cara untuk mempromosi produknya dengan pelbagai cara seperti melalui laman sosial, ‘online’, lisan dan sebagainya.


Mempunyai modal yang kukuh.

-          Beliau mempunyai modal yang agak kukuh kerana mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada bisnes ini. Hal ini kerana beliau bekerja di MLNG.



Kelemahan

Kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnes.

-          Beliau kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnesnya kerana beliau tidak mempunyai rakan kongsi yang boleh berkongsi idea dan pendapat. Selain itu, bisnes ini juga hanya dilakukan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa.


Tidak mempunyai alatan yang canggih.

-          Beliau hanya menggunakan alatan yang asas sahaja untuk menghasilkan produk beliau. Beliau tidak mempunyai alatan canggih seperti mesin pemproses makanan untuk menghasilkan produk beliau dalam tempoh yang lebih singkat.


Bisnes hanya kerja sambilan.

-          Beliau hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan dan apabila produknya ditempah oleh pelanggan sahaja. Bukannya secara sepenuh masa.


Tidak mempunyai pekerja.

-          Beliau tidak mempunyai pekerja dan hanya menjalankan bisnes ini seorang diri. Oleh itu, beliau memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkan tempahan yang ditempah oleh pelanggan.


Hanya dikenali di sekitar Bintulu.

-          Beliau hanya menjual produk di sekitar Bintulu sahaja dan tidak memperluaskan lagi bisnesnya ke tempat lain. Oleh itu, beliau hanya dikenali di sekitar Bintulu sahaja.





Peluang

Maklumbalas pelanggan yang memberangsangkan.

-          Beliau mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan. Oleh itu, beliau mempunyai peluang untuk memajukan bisnesnya atau mempelbagaikan produk tersebut.


Kekurangan pesaing Muslim di sekitar Bintulu.

-          Kebanyakan usahawan dalam bisnes ini adalah bukan Muslim di sekitar Bintulu. Oleh itu, beliau boleh menjalankan bisnes ini dengan mensasarkan pelanggan yang beragama Islam untuk membeli produknya. Dengan ini, pelanggan tidak ragu-ragu dengan status halal dan beliau berpotensi untuk berkembang lebih maju.


Cara hidup dan budaya zaman sekarang.

-          Kebanyakan manusia zaman sekarang suka makan makanan seperti kek dan coklat. Majlis kahwin juga biasanya tidak lengkap tanpa kek. Oleh kerana peredaran zaman dan cara hidup manusia zaman sekarang yang semakin moden, bisnes seperti ini boleh mendatangkan untung yang besar dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju.




Ancaman

Kuasa dan kekuatan pesaing.

-          Beliau terpaksa bersaing dengan pesaing lain yang menjual produk yang sama sepertinya. Pesaing beliau yang sudah lama menjalankan bisnes ini pasti mempunyai pelbagai idea dan strategi untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Bintulu Homemade Food’ untuk memasuki pasaran yang ada.


Pesaing baru.

-          Pesaing baru yang menceburi bidang perniagaan dan menjual produk yang sama akan jadi ancaman kepada bisnes beliau. Oleh itu, pelbagai idea dan strategi baru mestilah dihasilkan untuk memastikan pelanggan tidak lari dan bisnes ini tidak terjejas.


Kenaikan harga barang mentah.

-          Oleh kerana kos sara hidup di Bintulu yang sangat tinggi, maka harga barang-barang keperluan harian juga tinggi. Oleh itu, ia menjadi masalah kepada beliau untuk memajukan bisnes ini. Ini kerana modal yang diperlukan semakin meningkat dan keuntungan pula semakin menurun. Beliau juga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga produknya kerana ia akan menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap bisnesnya.


Perubahan cita rasa pengguna.

-          Cita rasa dan selera pengguna boleh berubah setiap masa. Ini menjadi cabaran kepada beliau untuk menjaga hati pelanggan. Oleh itu, beliau haruslah bersikap fleksibel dan pandai mengambil hati pelanggan untuk memastikan bisnesnya sentiasa berjalan. Beliau haruslah menghasilkan produk yang sesuai dengan cita rasa pengguna dan memberikan servis yang terbaik kepada mereka.

 Ditulis Oleh: S20067, S20569, S21208, S21820

Dikemaskini Oleh: S20067, S20569 (2 Feb 2016)





Wednesday, 6 January 2016

Profil Syarikat Bintulu Homemade Food

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Kali ini kami akan memperkenalkan syarikat serta latar belakang usahawan kami dengan lebih lanjut.

Seperti apa yang anda baca sebelum ini, usahawan yang ingin bekerjasama dengan kami, Bintulu Homemade Food merupakan usahawan berjaya yang mahir dalam menyediakan kek, coklat, cupcakes, biskut dan dessert serta pelbagai jenis apam. Syarikat ini membina kedudukan pasaran yang kukuh di rumah kediaman beliau di Bintulu atas sebab untuk mengembangkan perniagaan secara kecil - kecilan yang mempunyai daya saing yang sederhana di kawasan tersebut. Ia juga menawarkan harga yang terbaik dengan mempromosikan produk beliau di laman sosial seperti Facebook supaya mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Bintulu Homemade Food kebiasaannya akan menawarkan harga yang hebat pada musim yang tertentu seperti musim perayaan dan sebagainya. Syarikat ini diuruskan secara milikan tunggal oleh Zarina binti Bakeri. Apabila permintaan terhadap kek bertambah, maka usahawan kami akan mengambil pekerja - pekerja luar untuk menyiapkan tempahan pelanggan dengan cepat.



Ini adalah antara produk yang menawarkan harga yang berpatutan sempena Hari Krismas iaitu kek Red Velvet.

Yummylicious Marshmallow yang berharga RM1.50/pcs adalah sesuai untuk doorgift bagi Hari Lahir Kanak - Kanak.





MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : Bintulu Homemade Food
Produk Asal : Cupcakes
Aktiviti Utama Syarikat :

  1. Homemade coklat
  2. Kek 
  3. Dessert 
  4. Kek lapis

Alamat Perniagaan : 408, Kampung Baru
Nombor Tel : 0192396887
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal
Tarikh Mula Beroperasi : 2010
Modal Awal : RM5,000.00 (atas sumber sendiri dengan bekerja)


LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Pemilik : Zarina binti Bakeri
Bangsa : Melayu
Umur : 29 tahun
Jantina : Perempuan
Taraf : Bujang
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Diploma Pentadbiran , Ijazah Pengurusan Pentadbiran Korporat
Pekerjaan : Malaysian Liquified Natural Gas (MLNG) di Bintulu, Sarawak
Pekerjaan Sambilan : Usahawan Makanan
Nombor Telefon Bimbit : 0192396887


Untuk pengetahuan yang lanjut atau sesiapa yang berminat untuk menempah pelbagai jenis kek yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau Whatsapp beliau dengan talian 0192396887. Makanan yang ditawarkan adalah produk yang memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur serta dijamin halal. Ia pasti memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan - pelanggan.






to be continued ...

written by : Dayang Nurkhairiah binti Abang Othman (S21018)