Friday, 8 January 2016

Analisis SWOT – Strength, Weakness, Opportunity, Threat (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman)

Kekuatan

Berpengalaman dalam bidang perniagaan.

-          Mempunyai pengalaman menjalankan bisnes kek dan coklat selama 5 tahun.


Mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan.

-          Berbakat dalam pengurusan bisnes kerana mempunyai degree dalam bidang pengurusan pentadbiran.


Kepelbagaian produk.

-          Menjual pelbagai jenis produk kepada pelanggan seperti kek, coklat, apam dan sebagainya dan beliau tidak menumpukan penjualan hanya kepada satu produk sahaja.


Mempromosikan produk 

-          Beliau mempelbagaikan cara untuk mempromosi produknya dengan pelbagai cara seperti melalui laman sosial, ‘online’, lisan dan sebagainya.


Mempunyai modal yang kukuh.

-          Beliau mempunyai modal yang agak kukuh kerana mempunyai sumber pendapatan lain selain daripada bisnes ini. Hal ini kerana beliau bekerja di MLNG.



Kelemahan

Kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnes.

-          Beliau kekurangan idea dan strategi untuk memajukan bisnesnya kerana beliau tidak mempunyai rakan kongsi yang boleh berkongsi idea dan pendapat. Selain itu, bisnes ini juga hanya dilakukan secara sambilan dan bukannya sepenuh masa.


Tidak mempunyai alatan yang canggih.

-          Beliau hanya menggunakan alatan yang asas sahaja untuk menghasilkan produk beliau. Beliau tidak mempunyai alatan canggih seperti mesin pemproses makanan untuk menghasilkan produk beliau dalam tempoh yang lebih singkat.


Bisnes hanya kerja sambilan.

-          Beliau hanya menjalankan bisnes ini secara sambilan dan apabila produknya ditempah oleh pelanggan sahaja. Bukannya secara sepenuh masa.


Tidak mempunyai pekerja.

-          Beliau tidak mempunyai pekerja dan hanya menjalankan bisnes ini seorang diri. Oleh itu, beliau memerlukan masa yang agak panjang untuk menyiapkan tempahan yang ditempah oleh pelanggan.


Hanya dikenali di sekitar Bintulu.

-          Beliau hanya menjual produk di sekitar Bintulu sahaja dan tidak memperluaskan lagi bisnesnya ke tempat lain. Oleh itu, beliau hanya dikenali di sekitar Bintulu sahaja.





Peluang

Maklumbalas pelanggan yang memberangsangkan.

-          Beliau mendapat maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan. Oleh itu, beliau mempunyai peluang untuk memajukan bisnesnya atau mempelbagaikan produk tersebut.


Kekurangan pesaing Muslim di sekitar Bintulu.

-          Kebanyakan usahawan dalam bisnes ini adalah bukan Muslim di sekitar Bintulu. Oleh itu, beliau boleh menjalankan bisnes ini dengan mensasarkan pelanggan yang beragama Islam untuk membeli produknya. Dengan ini, pelanggan tidak ragu-ragu dengan status halal dan beliau berpotensi untuk berkembang lebih maju.


Cara hidup dan budaya zaman sekarang.

-          Kebanyakan manusia zaman sekarang suka makan makanan seperti kek dan coklat. Majlis kahwin juga biasanya tidak lengkap tanpa kek. Oleh kerana peredaran zaman dan cara hidup manusia zaman sekarang yang semakin moden, bisnes seperti ini boleh mendatangkan untung yang besar dan berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju.




Ancaman

Kuasa dan kekuatan pesaing.

-          Beliau terpaksa bersaing dengan pesaing lain yang menjual produk yang sama sepertinya. Pesaing beliau yang sudah lama menjalankan bisnes ini pasti mempunyai pelbagai idea dan strategi untuk mengukuhkan lagi bisnes mereka. Nama perniagaan yang telah dikenali umum menyebabkan persaingan sengit kepada ‘Bintulu Homemade Food’ untuk memasuki pasaran yang ada.


Pesaing baru.

-          Pesaing baru yang menceburi bidang perniagaan dan menjual produk yang sama akan jadi ancaman kepada bisnes beliau. Oleh itu, pelbagai idea dan strategi baru mestilah dihasilkan untuk memastikan pelanggan tidak lari dan bisnes ini tidak terjejas.


Kenaikan harga barang mentah.

-          Oleh kerana kos sara hidup di Bintulu yang sangat tinggi, maka harga barang-barang keperluan harian juga tinggi. Oleh itu, ia menjadi masalah kepada beliau untuk memajukan bisnes ini. Ini kerana modal yang diperlukan semakin meningkat dan keuntungan pula semakin menurun. Beliau juga tidak boleh sesuka hati menaikkan harga produknya kerana ia akan menjejaskan kepercayaan pelanggan terhadap bisnesnya.


Perubahan cita rasa pengguna.

-          Cita rasa dan selera pengguna boleh berubah setiap masa. Ini menjadi cabaran kepada beliau untuk menjaga hati pelanggan. Oleh itu, beliau haruslah bersikap fleksibel dan pandai mengambil hati pelanggan untuk memastikan bisnesnya sentiasa berjalan. Beliau haruslah menghasilkan produk yang sesuai dengan cita rasa pengguna dan memberikan servis yang terbaik kepada mereka.

 Ditulis Oleh: S20067, S20569, S21208, S21820

Dikemaskini Oleh: S20067, S20569 (2 Feb 2016)





Wednesday, 6 January 2016

Profil Syarikat Bintulu Homemade Food

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.


LATAR BELAKANG SYARIKAT

Kali ini kami akan memperkenalkan syarikat serta latar belakang usahawan kami dengan lebih lanjut.

Seperti apa yang anda baca sebelum ini, usahawan yang ingin bekerjasama dengan kami, Bintulu Homemade Food merupakan usahawan berjaya yang mahir dalam menyediakan kek, coklat, cupcakes, biskut dan dessert serta pelbagai jenis apam. Syarikat ini membina kedudukan pasaran yang kukuh di rumah kediaman beliau di Bintulu atas sebab untuk mengembangkan perniagaan secara kecil - kecilan yang mempunyai daya saing yang sederhana di kawasan tersebut. Ia juga menawarkan harga yang terbaik dengan mempromosikan produk beliau di laman sosial seperti Facebook supaya mudah untuk berinteraksi dengan pelanggan.

Bintulu Homemade Food kebiasaannya akan menawarkan harga yang hebat pada musim yang tertentu seperti musim perayaan dan sebagainya. Syarikat ini diuruskan secara milikan tunggal oleh Zarina binti Bakeri. Apabila permintaan terhadap kek bertambah, maka usahawan kami akan mengambil pekerja - pekerja luar untuk menyiapkan tempahan pelanggan dengan cepat.



Ini adalah antara produk yang menawarkan harga yang berpatutan sempena Hari Krismas iaitu kek Red Velvet.

Yummylicious Marshmallow yang berharga RM1.50/pcs adalah sesuai untuk doorgift bagi Hari Lahir Kanak - Kanak.





MAKLUMAT SYARIKAT

Nama Syarikat : Bintulu Homemade Food
Produk Asal : Cupcakes
Aktiviti Utama Syarikat :

  1. Homemade coklat
  2. Kek 
  3. Dessert 
  4. Kek lapis

Alamat Perniagaan : 408, Kampung Baru
Nombor Tel : 0192396887
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal
Tarikh Mula Beroperasi : 2010
Modal Awal : RM5,000.00 (atas sumber sendiri dengan bekerja)


LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama Pemilik : Zarina binti Bakeri
Bangsa : Melayu
Umur : 29 tahun
Jantina : Perempuan
Taraf : Bujang
Warganegara : Malaysia
Taraf Pendidikan : Diploma Pentadbiran , Ijazah Pengurusan Pentadbiran Korporat
Pekerjaan : Malaysian Liquified Natural Gas (MLNG) di Bintulu, Sarawak
Pekerjaan Sambilan : Usahawan Makanan
Nombor Telefon Bimbit : 0192396887


Untuk pengetahuan yang lanjut atau sesiapa yang berminat untuk menempah pelbagai jenis kek yang ditawarkan, anda boleh hubungi atau Whatsapp beliau dengan talian 0192396887. Makanan yang ditawarkan adalah produk yang memenuhi citarasa pelbagai peringkat umur serta dijamin halal. Ia pasti memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan - pelanggan.






to be continued ...

written by : Dayang Nurkhairiah binti Abang Othman (S21018)






Tuesday, 1 December 2015

Home Sweet Home..


Sudah dipukal baung di lembah,
Sayangnya kelah terlepas jala,
Madah diungkap dan dipersembah,
Dengan bismillah kita bermula.

Terasa sejuk di tepian kolam,
Redup pandangan airnya tenang,
Kami dari kumpulan enam,
Pantang dicabar terus berjuang. 

Asslamualaikum, salam sejahtera dan salam rakan seperjuangan.
  

  • Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana kami masih diberi peluang dalam melayari kehidupan sehingga ke degupan jantung, denyutan nadi dan helaan nafas kini. Di kesempatan ini, kami yang merupakan pemuda dan pemudi harapan bangsa dan tiang negara serta merupakan pelajar-pelajar program Perniagaantani di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Sarawak (UPMKB) ingin melaksanakan salah satu tugasan bagi subjek Keusahawantani dengan sebaik dan segigih mungkin.



  • Sehubungan dengan itu, kami akan dapat menambahkan pengalaman sepanjang melaksanakan tugasan ini sehinggalah ianya berakhir. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang mengajar kami bagi subjek ini. Perkara ini kerana sekiranya bukan beliau yang memberi tunjuk ajar, belum tentu anda akan dapat membaca hasil tulisan di dalam blog ini. Terima kasih, Doktor A. heeee..


  • Kumpulan kami dikenali sebagai Kumpulan 6 dalam subjek ini dan ahli kami terdiri daripada 7 orang ahli iaitu Dafi, Akem, Boni, Yen, Khai, Ama dan Rianda. Nama-nama ini ialah nama sebutan kami. Blog ini merupakan permulaan kami dalam melaksanakan projek kami. Mesti anda tertanya-tanya, apa yang cuba kami sampaikan dan projek apa yang kami laksanakan..


  • Baiklah. Kami mendapat satu projek, di mana kami perlu memahami komponen penting dalam rancangan perniagaan (business plan, BP) dan menyediakan rancangan perniagaan untuk usahawan tempatan. Usahawan tempatan yang diperuntukkan hanyalah dalam kawasan Bintulu. Sukacitanya, kami telah pun mendapat satu usahawan yang ingin memberi kerjasama dengan kumpulan kami bagi menjayakan projek ini dan telah mendapat kebenaran daripada pensyarah kami bagi meneruskan projek. YES!! (hahahah)


  • Pada hari Jumaat (27/11/15) yang penuh barokah kami telah mendapat approval daripada usahawan dan pensyarah. Seterusnya, we'll go to the next step up which is make an appointment with the entrepreneur and meet them.


  • Di sini kami paparkan sumber di mana kami dapat mengetahui mengenai usahawan tersebut dan berhubung.. Bintulu Homemade.




ini lah dia buktinya.. hihi


Nak tahu lebih lanjut mengenai usahawan kami mahupun kami, tunggulah update seterusnya.. :)
to be continued..


Ditulis oleh: Rianda (S20295)